SUNGAI PETANI: Seorang lelaki sanggup menikam dua anak saudaranya dengan sebilah pisau selepas bergaduh dengan kakaknya selepas permintaannya untuk mendapatkan wang membeli dadah tidak ditunaikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman @Abdul Rahim berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 1 tengah hari selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berlaku pergaduhan di sebuah rumah di Taman Melati.
Beliau berkata, tidak lama kemudian polis tiba di lokasi kejadian dan hasil siasatan awal mendapati, mangsa iaitu seorang wanita berusia 63 tahun memaklumkan dia didatangi suspek yang juga adik lelakinya berusia 61 tahun.
"Suspek dipercayai datang meminta wang daripada mangsa iaitu kakaknya untuk membeli dadah namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka itu selepas suspek tidak diberikan wang.
"Pada masa sama, anak lelaki dan perempuan mangsa berusia 38 dan 23 tahun cuba meleraikan pergaduhan itu namun suspek bertindak mengeluarkan pisau dari bahagian belakang badan yang dipercayai dibawa dari rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Anuar berkata, suspek bertindak menikam anak lelaki mangsa di bahagian perut manakala anak perempuan mangsa turut ditikam di bahagian tangan kiri.
Beliau berkata, selepas melihat darah yang mengalir terlalu banyak, suspek bertindak melarikan diri dari rumah mangsa.
"Berikutan itu, kedua-dua mangsa yang juga anak saudara suspek kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.
"Namun selepas tiga jam laporan polis diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda melakukan serbuan di sebuah rumah di Felda Sungai Tiang pada jam 4.50 petang.
"Suspek berjaya ditahan dan sebilah pisau yang disyaki digunakan untuk menikam mangsa berjaya dirampas," katanya.
Anuar berkata, hasil semakan rekod mendapati, suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati suspek turut melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana merentas daerah tanpa kebenaran polis.
"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis morphine dan direman selama empat hari sehingga 15 Julai ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera," katanya.
Anuar berkata, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 5(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Kawasan Tempatan Jangkitan (LLKTJ) Fasa Pemulihan Negara 2021 kerana merentas daerah tanpa kebenaran polis yang boleh didenda RM5,000 atau penjara.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 12 2021
Suspek bertindak menikam anak lelaki mangsa di bahagian perut manakala anak perempuan mangsa turut ditikam di bahagian tangan kiri. - Gambar hiasan
Coppa Italia: Juventus julang piala pertama dalam tempoh tiga tahun
Jaringan awal Dusan Vlaholic membantu Juventus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Atalanta dalam perlawanan akhir Coppa Italia .
Kecerdasan Buatan (AI) bantu guru tempatan berinovasi
Kewujudan kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan seorang guru tempatan bagi tujuan memperkaya inovasi dalam pengajaran.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Guru disaran bangunkan kompetensi digital secara kendiri
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyarankan golongan pendidik membangunkan kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas.
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Tikam anak saudara kerana dadah
Suspek dipercayai minta wang daripada kakaknya untuk beli dadah namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka selepas suspek tidak diberikan wang.